20110715

Karangan Dulu X Cantik?

Nak citer kisah silam ni... Sebelum 2 nak tanyer... sapa yg x de kisah silam, sila angkat kaki... haha... Actually kita bernama manusia ni bagaikan sebuah buku... Dimana kulit depan buku adalah tarikh kita dilahirkan, kulit belakang buku pulak hari akhir kita didunia... helaian dalam nye pula ada kisah sehari-hari kita yg dinukilkan pada setiap lembaran didalamnya...

Ada buku-buku antara kita yg tebal, ada buku-buku yg nipis, ada buku-buku yg dah habis ditulis, dan ada gak buku-buku yg masih diberi peluang untuk kita mengaranginya... disetiap buku-buku antara kita, ada yg seronok dibaca, ada yg x best langsung, ada yg sedih, ada yg bahagia bila kita baca...

Yang aku nak sentuh kat sini ialah bagi pemilik buku yg masih diberi kesempatan untuk mengarangi buku-buku mereka, termasuklah aku pun... mungkin ada antara kita yg dah cantik karangannya, alhamdulillah... tinggal nak maintain je apa yg kau dah karang 2 an... namun ada gak karangan buku mereka yg x brapa nak cantik, termasuk lah aku...

Mungkin sebab tulisan x cantik, cakar ayam, x tau format karangan, x de idea, x blajar cane nak menulis, malas blajar, x pandai bahasa, kotor ke n sebagainya la... Aku tahu perasaan korunk, jealous pada mereka yg miliki buku yg indah pengisiannya n korunk teringin nak buku mcm apa yg diorg karangkan. :) aku pon sama mcm korunk.

Tapi trust me... Insyallah... Kalau kita selak2 helaian depan buku kita, masih bersih lagi, suci lagi an... Yok sama-sama kita nukilkan cerita yg baru... Lupakan tentang apa yg kita karangkan dulu... "DAYA! Lupakan yg lain!" Sebab Allah akan tengok kesudahan cerita kita, bukan permulaannya... Macam marathon gak, x semestinya org yg pecut pada garisan permulaan itu akan menjadi yg pertama di garisan penamat... hehe... So tetap sabar n solat dalam apa jua rintangan n perjalanan yg dirempuhi... Insyallah kau akan tersenyum girang... Sakit sikit 2 biasa la... "No pain no gain..." Dengan pengorbanan baru kita akan dapat kemanisan sesuatu... Kalau tanpa pengorbanan, kita xkan pandai menghargai sesuatu perkara. Contohnya agama yg kita ada sekarang sekadar Islam warisan, sebab 2 kita x hargai perjuangan Rasullullah saw... sebab lahir2 kononnya kita dah Islam... x de apa pon sekadar mewarisi agama atas nama Islam, tapi jiwa kosong x mengerti...

So jom searching da truth utk blajar jadi hamba bertaqwa, sebab banyak dalam Surat Cinta Allah, Dia btau kesudahan yg baik bagi hamba-hamba yang bertaqwa...

"Itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertakwa" [11:49]

Yes, aku faham... cakap senang la, tapi nak berhijrah 2 bukan satu benda yg senang... sebab 2 pentingnya doa... dis is wat we call as law of attraction... terdetik kat hati nak berubah pon dah sangat besar... sebab itu lah permulaan perubahan dalam diri aku.

Aku akhirkan citer kisah silam ni dengan kata-kata indah seperti dibawah:

"Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." [2:216]

P/s: jgn pernah putus asa dengan rahmat Allah n tetap bersangka baik denganNya.. Sebab kita hamba n Dia tuhan yg mengurus segala urusan, Dia yg mentadbir kerajaan langit n bumi... Memang langsung x layak utk kita pertikaikan kerja Dia, sebab kita x penah tahu esok akan jadi apa... cukup lah sekadar, mendambakan untuk menjadi hamba Dia yg bertaqwa. :p

3 comments:

nazwa said...

cube dan truus brusaha untk be de best n get nearer t0 HIM........insyaAllah...

miho amyra said...

insya'allah..
semoga tiap helaian disinari cahaya dari ilahi =)

Anis Serenity said...

blog-walking here.. i've followed u.. follow mine too ;)